MOSTI mahu penggiat E&E guna kemudahan latihan berteknologi tinggi MIMOS-NCIA
Dijangka hasilkan 2,000 professional E&E berimpak tinggi dalam lima tahun
BUKIT JALIL, 18 Julai 2017 – Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) tempatan harus memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Pembangunan Kompetensi Termaju MIMOS-NCIA (MIMOS-NCIA ACDC) kerana ia dapat membantu mereka dalam membina tenaga kerja berkemahiran tinggi bertaraf dunia yang untuk mara ke Industri 4.0.
“Bagi mengekalkan pertumbuhan dan kemapanan sektor ini ke arah mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi, Malaysia memerlukan bakat yang berkeupayaan dan bersedia untuk menyumbang kemahiran mereka,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau.
“Teknologi termaju, inovasi, mesin atau kelengkapan canggih tidak bermakna jika modal insan dalam negara tidak cukup mahir untuk menterjemahkannya kepada pengetahuan baru dan nilai tambah yang membawa kelebihan kepada negara dan manfaat kepada rakyat,” kata Wilfred pada majlis pelancaran pusat tersebut di sini, hari ini. Ucapannya dibacakan oleh timbalannya, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah.
Turut hadir di majlis itu Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Ahmad Rizan Ibrahim.
MIMOS-NCIA ACDC adalah pusat pembangunan modal insan yang diwujudkan bersama oleh pusat penyelidikan dan pembangunan negara, MIMOS, dan NCIA. Ia menawarkan kemudahan latihan industri berteknologi tinggi hujung ke hujung bertaraf dunia, yang bertujuan untuk memupuk pengalaman amali yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor E&E.
Wilfred memetik Laporan Ekonomi 2016/2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bersempena Bajet 2017 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lepas yang mengatakan bahawa negara perlu mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi untuk mencapai tahap rantaian nilai sektor pembuatan yang lebih tinggi.
Laporan itu mengatakan bahawa negara perlu meningkatkan pelaburan dalam modal insan serta penyelidikan dan pembangunan untuk membolehkannya mencapai matlamat tersebut.
Wilfred berkata, memandangkan sumbangan E&E kepada pembangunan negara adalah besar, dasar dan ekosistem yang betul sangat penting supaya sektor ini dapat terus menjadi teras ekonomi negara.
Sektor E&E adalah pemacu utama industri Malaysia, menyumbangkan RM288 juta atau 36.7 peratus daripada jumlah eksport kebangsaan pada tahun 2016.
“Untuk kekal di hadapan dalam persaingan global, industri perlu mendakap Industri 4.0. Modal insan kita harus pantas dalam mengejar dan mencapai paradigma baharu ini, “kata Wilfred.
“Ini memerlukan modal insan yang berminda segar, kompeten dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan dan mengurus pengetahuan baru. Organisasi tidak boleh mengelak daripada membuat pelaburan dalam membangunkan, melatih dan memupuk tenaga kerja masa depan,” katanya.
Acara itu juga menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian antara MIMOS dan pihak-pihak yang akan mengambil bahagian dalam program awal di pusat berkenaan. Mereka terdiri daripada NCIA, Universiti Malaya, SAGE Interactive Sdn Bhd, Agensi Inovasi Malaysia (AIM), SIRIM Berhad, Technology Depository Agency Berhad (TDA), Grectronics Sdn Bhd, Eclimo Sdn Bhd, Penchem Technologies Sdn Bhd dan Nanotech Science Sdn Bhd.
Wilfred berkata usahasama kerajaan-industri-akademik dalam menyediakan program pembangunan kompetensi berimpak tinggi adalah satu langkah strategik yang akan menangani kekurangan pekerja mahir dan mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran asing dalam sektor E&E.
“Kita berharap dapat mewujudkan 2,000 profesional E & E berimpak tinggi dalam tempoh lima tahun. Jumlah itu dijangka memenuhi permintaan daripada semua syarikat E&E yang beroperasi di negara ini pada masa ini,” katanya.
Sementara itu, Redza berkata: “MIMOS-NCIA ACDC adalah satu-satunya kemudahan di Malaysia yang menyediakan 80 peratus mod praktikal dan 20 peratus teori dalam pembuatan wafer gred industri. Konsep pembelajaran ini mempercepat pembangunan set kemahiran yang menyokong inisiatif ke arah mempertingkat rantaian nilai E&E; dan menjadi pelengkap kepada program Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET) dan program Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).”
“Kerjasama MIMOS-NCIA adalah satu contoh yang sangat baik di mana agensi-agensi kerajaan menggarap Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan melengkapi satu sama lain dan menggunakan sumber secara optimum,” katanya.
Kemudahan perkhidmatan perkongsian termaju, yang membentuk sebahagian besar MIMOS-NCIA ACDC, diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan ISO9001: 2008 dan ISO / IEC17025. Kemudahan ini menyokong program NanoVerify, yang merupakan inisiatif bersama NanoMalaysia Berhad dan SIRIM QAS. MIMOS adalah pembekal latihan yang diluluskan oleh Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).
Tentang MIMOS
MIMOS adalah pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Teknologi Elektronik Industri dan Teknologi Nano-Semikonduktor. Sebagai sebuah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MIMOS menyumbang ke arah peningkatan daya saing negara dengan merintis pewujudan pasaran baru bagi usahawan-usahawan tekno menerusi produk, penyelesaian dan platform teknologi yang dipatenkan. Dalam jangkamasa 12 tahun terakhir ini, MIMOS telah memfailkan lebih daripada 1,800 Harta Intelek dalam pelbagai bidang teknologi dan merentasi sektor-sektor sosio-ekonomi utama negara. Mendukung peranan teras dalam kembara transformasi dan wawasan ICT negara, MIMOS beriltizam mewujudkan suatu budaya inovasi dengan memupuk jalinan antara pemegang-pemegang kepentingan dalam semangat perkongsian pintar dan model pertumbuhan menyeluruh.
Untuk maklumat lanjut:
Pegawai: Laurence Sebastian
Pejabat: +603 8995 5000
Bimbit: +601 9236 4938
Emel: laurence@mimos.my
Laman web: www.mimos.my
About NCIA
Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) is the statutory body responsible for establishing directions, policies and strategies in relation to Koridor Utara development programmes. Incorporated in June 2008, NCIA‘s mandate by the Malaysian government is to promote and accelerate the development of Koridor Utara into a world-class economic region and a choice destination for investment, work and living. NCIA will continue to drive the evolution of Koridor Utara towards becoming a world-class economic region by 2025 by catalysing and implementing high value-add development programmes in three (3) key sectors namely Manufacturing, Agriculture & Bio-industries and Services. The subsectors for Services will be Tourism, Logistics and connectivity; and Global Business Services.
For more information, please contact:
Contact: Aemizureen Kamarudin (Head of Corporate Communications)
Telephone: + 604-238 2980
Mobile: + 6019-2290879
Email: aemi@ncer.com.my