5 Oktober 2023,Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI hari ini berkongsi mengenai ‘Malaysia Potential Emerging as Sea’s Data Center Hub’ di Malaysia Cloud & Datacenter Convention 2023.
Kerajaan mengiktiraf kepentingan produktiviti sebagai pembolehubah untuk pertumbuhan ekonomi dan Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030. Oleh itu, usaha mengarusperdanakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi telah dilakukan untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
Dalam menangani cabaran ini dan untuk kekal berdaya saing di peringkat global. MOSTI telah melancarkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 pada Disember 2020. Pelan Tindakan DSTIN telah mengenalpasti strategi menggalakkan kerjasama dalam menangani cabaran utama negara menggunakan STI, termasuk AI, automasi dan robotik dengan matlamat utama menjadikan Malaysia sebuah Negara Berteknologi Tinggi.