Skip to main content
Berita

Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Zon Pantai Timur 1.0

19 Ogos 2026, Pahang – YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang telah menyempurnakan Program Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Zon Pantai Timur 1.0 bertempat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Paya Besar. Turut hadir, YBhg. Datin Safida Zalma Binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha ( Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.

Program zon kedua bagi tahun 2026 ini berjaya mencatatkan penyertaan seramai 1,150 peserta dari Pahang dan Terengganu untuk merebut tempat ke Peringkat Akhir Kebangsaan di MAEPS, Serdang pada November depan. Inisiatif ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pertandingan berimpak tinggi yang menerapkan pendekatan praktikal (hands-on) dan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning).
Bagi memastikan pendedahan awal sejajar perkembangan teknologi semasa seperti Kecerdasan Buatan (AI), pengisian pertandingan kali ini turut memberi fokus kepada bidang teknologi terkini. Ini termasuk aspek pengaturcaraan (pengekodan), pengkomputeran, serta teknologi dron sebagai persediaan untuk pelajar dan belia mendepani cabaran industri masa hadapan.
Skip to content