19 Ogos 2026, Putrajaya – Majlis Makan Tengah Hari bersama YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bagi meraikan pegawai MOSTI yang telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Sukuan Kedua Tahun 2026.
Anugerah Pekerja Terbaik MOSTI merupakan satu inisiatif pihak pengurusan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja yang memberi komitmen, produktiviti serta kualiti kerja cemerlang. Ketua Jabatan telah memainkan peranan besar dalam pemilihan pegawai dengan membuat penilaian berdasarkan komitmen terhadap kerja, disiplin pegawai, sahsiah serta penyertaan dan sumbangan pegawai dalam aktiviti Kementerian dan luar tugas rasmi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pekerja Terbaik Sukuan Kedua Tahun 2026.




