Skip to main content
Berita

Malaysia Techlympics Zon Tengah 2026 Himpun 1,959 Peserta di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai Negeri Sembilan

26 Ogos 2026, Nilai – YBhg. Datin Safida Zalma Binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, hadir merasmikan Program Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Zon Tengah tahun 2026 yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Program berkenaan berjaya menarik penyertaan seramai 1,959 orang peserta secara fizikal melibatkan peserta dari Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Dalam ucapan perasmian, beliau turut menegaskan bahawa matlamat utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) secara praktikal (hands-on) dan pendekatan berasaskan pengalaman (experiential learning) secara tidak formal khususnya melibatkan golongan sasar terdiri daripada murid, pelajar dan belia.
Inisiatif anjuran MOSTI tersebut juga bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Melalui pendekatan pertandingan yang menyeronokkan, program berkenaan juga berhasrat untuk menghasilkan idea inovatif dan kreatif.
Seiring dengan komitmen MOSTI dalam memperkasakan STI, program ini turut menekankan pendedahan terhadap perkembangan teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI), pengekodan, pengkomputeran, dan teknologi dron. Langkah ini disifatkan penting memandangkan teknologi seperti AI kini semakin berkembang pesat dan digunakan secara meluas dalam pelbagai kehidupan seharian.
Skip to content