Skip to main content
Berita

National Innovation Commercialisation Expo 2026: Pentas Inovasi Terbesar Negara

26 Ogos 2026, Kuala Lumpur – Hari pertama National Innovation Commercialisation Expo 2026 (NICE26) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, dengan mencatatkan kehadiran seramai 2359 orang pengunjung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pelaksanaan hari pertama menyaksikan penganjuran pelbagai sesi perkongsian strategik oleh pakar industri. Fokus perbincangan tertumpu kepada lonjakan komersialisasi inovasi negara, pembentukan strategi industri masa hadapan, serta potensi berimpak tinggi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan ekonomi data.
Orang ramai dijemput datang dan mengunjungi reruai yang menghimpunkan 180 reruai termasuk Pasar Inovasi daripada pelbagai pempamer yang menampilkan pelbagai inovasi, teknologi dan idea kreatif dalam pelbagai bidang.
Maklumat lanjut : https://nice.mosti.gov.my/
Skip to content