Skip to main content
Berita

MARA, YIM Meterai MoU Tingkat Inovasi Di Kalangan Komuniti Mara

15 Mei 2023, Kuala Lumpur – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Inovasi Malaysia hari ini, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai inisiatif bersama dalam meningkatkan pembudayaan dan pembangunan inovasi di kalangan komuniti MARA sekaligus mempromosikan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di kalangan rakyat Malaysia.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf dan Ketua Pegawai Eksekutif, YIM, YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, dengan disaksikan oleh Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI, YBrs. Pn. Ruziah Shafei.
Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak menyasarkan untuk bekerjasama bagi melaksanakan program yang merangkumi tiga fungsi utama iaitu pembudayaan inovasi dalam ekosistem pendidikan MARA, pembangunan perintis inovasi yang menyediakan tawaran geran tempatan dan peningkatan kompetensi yang memberi peluang kepada inovator MARA membangunkan produk melalui latihan berstruktur yang bersesuaian.
DSC 1539    DSC 1512DSC 1521    DSC 1531
Skip to content