Skip to main content
Berita

Meneliti Potensi Aplikasi Nanoteknologi Berasaskan Biojisim di Sabah

22 Mei 2026, Lahad Datu – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Dr Mohammad Yusof Apdal telah menghadiri satu sesi pembentangan khas oleh NanoMalaysia Berhad (NMB) di POIC Lahad Datu berhubung potensi aplikasi nanoteknologi berasaskan biojisim di Sabah.
Sesi pembentangan tersebut memberikan tumpuan kepada potensi sumber biojisim tempatan untuk diterokai menerusi teknologi dan inovasi, selaras dengan usaha menyokong pembangunan industri hiliran serta memperkukuh agenda ekonomi kitaran di Sabah.
Sabah dikenal pasti mempunyai potensi yang signifikan dalam sektor ini berikutan kekayaan sumber semula jadi yang berupaya dimanfaatkan secara mampan bagi menjana nilai tambah kepada ekonomi tempatan serta merangsang pembangunan industri berteraskan teknologi.
MOSTI kekal komited dalam menyokong penerokaan teknologi baharu serta memperkukuh kerjasama strategik yang berupaya memperkasa ekosistem inovasi negara, khususnya dalam bidang teknologi mampan dan bernilai tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada NanoMalaysia Berhad (NMB), pihak POIC Sabah, khususnya Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Pengerusi POIC Sabah, serta semua pihak yang telah menjayakan sesi pembentangan ini.
Skip to content