Skip to main content
Berita

Mesyuarat diantara Space Exploration Technologies Corp. (SPACE X) bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

16 Mac 2023, Kuala Lumpur – Pada 16 Mac 2023 telah diadakan Mesyuarat diantara Space Exploration Technologies Corp. (SPACE X) bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memperkenalkan syarikat SpaceX dan teknologi Starlink kepada MOSTI bagi mengenalpasti potensi penggunaan teknologi Starlink didalam operasi agensi-agensi pengurusan bencana seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Selain daripada itu, matlamat utama ialah untuk meneroka peluang kerjasama antara pihak MOSTI dan SpaceX bagi memudahcara pengoperasian teknologi Starlink di Malaysia, ,kerjasama pembangunan ekosistem Teknologi Angkasa Malaysia, pembangunan sandbox pengurusan bencana melalui inisiatif National Technology Innovation Sandbox (NTIS) dan cadangan pembangunan Sandbox Teknologi Angkasa.
MOSTI dan SpaceX juga melanjutkan perbincangan dan bertukar pandangan mengenai peluang kerjasama khususnya dalam bidang teknologi angkasa, teknologi komunikasi serta penyertaan didalam program-program MOSTI akan datang.
336698880 883876109382745 6695648151940442359 n   336167378 909360760372457 2615062918114620334 n
336096701 723176776019706 8867129878989431733 n   335612295 218104724094156 2371817535811256870 n
Skip to content