Skip to main content
Berita

Mesyuarat Fraterniti Vaksin 2026 Perkukuh Ekosistem Vaksin Negara, Fasiliti NIBM Disasar Beroperasi Pada 2027

15 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah mempengerusikan Mesyuarat Fraterniti Vaksin 2026 bagi meneliti kemajuan pembangunan ekosistem vaksin negara serta memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi, pemain industri dan penyelidik.

Antara fokus utama ialah pembangunan fasiliti di National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dengan fasiliti Animal Biosafety Level-III (ABSL-III) disasarkan beroperasi pada Januari 2027, manakala fasiliti Good Manufacturing Practice (GMP) pada Julai 2027, tertakluk kepada pemenuhan keperluan teknikal, kualiti dan biokeselamatan.
Mesyuarat turut meneliti hala tuju kajian kebolehlaksanaan Kerangka Pengkomersialan Vaksin Manusia (KKVM) bagi menghubungkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan pengeluaran serta akses pasaran. Kedua-dua inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh keupayaan vaksin tempatan dan meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi ancaman penyakit berjangkit, selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) melalui kerjasama strategik antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha; YBrs. Dr. Ami Fazlin binti Syed Mohamed, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM; YBrs. Dr. Mohd Azlan Zaharudin, Pengarah Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia (MVPO), serta wakil kementerian, agensi, industri dan penyelidik.
Skip to content