Skip to main content
Berita

Mesyuarat Koordinasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

29 Mei 2024, Putrajaya – Mesyuarat Koordinasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada 29 Mei 2024 telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan merupakan pertemuan bagi perbincangan strategik di antara tiga kementerian utama yang memacu agenda STEM negara.
Skip to content