Skip to main content
Berita

Sesi Panel: ‘Technology and Innovation as Cornerstone for Johor Economic Growth’

30 Mei 2024, Johor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah hadir sebagai panel jemputan bagi Sesi Panel: ‘Technology and Innovation as Cornerstone for Johor Economic Growth’ sempena penganjuran The Johor Conversation 2024 pada 30 Mei 2024.
Beliau bersama panel jemputan yang lain telah mengupas potensi transformasi teknologi dan inovasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi di Johor terutamanya Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang diterajui bersama antara Malaysia dan Singapura.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan turut berkongsi inisiatif Kementerian berkaitan usaha pembangunan ekosistem startup, teknologi hidrogen, kecerdasan buatan (AI), rantaian blok dan usaha bersama Singapura melalui Innovation Work Group di bawah Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM).
The Johor Conversation 2024 telah disempurnakan oleh YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Persidangan ini menghimpunkan wakil Kementerian, Kerajaan Negeri, agensi dan industri dari Malaysia serta wakil Singapura dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi di Johor.
Skip to content