Skip to main content
Berita

Mesyuarat MEXCO-STI

28 Jun 2022, Kuala Lumpur – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) malam tadi mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) yang diadakan di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur.

Ini merupakan mesyuarat pertama pada tahun ini dan turut dihadiri YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri MOSTI; YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI serta ahli-ahli majlis kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dengan STI.

MEXCO-STI menghubungkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam usaha memperkasa pembangunan berasaskan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE). Melalui platform ini, pelbagai kerjasama strategik dan perkongsian pintar dapat dilaksanakan sejajar dengan hasrat untuk memacu pembangunan negara berasaskan ekonomi yang diterajui inovasi dan teknologi terkini.

Melalui platform MEXCO-STI, pelbagai kerjasama strategik dan perkongsian pintar dapat dilaksanakan sejajar dengan hasrat untuk memacu pembangunan negara berasaskan ekonomi yang diterajui inovasi dan teknologi terkini khususnya bagi merakyatkan sains dan menginsankan teknologi.

Terlebih dahulu, YB Dato’ Sri. Dr. Adham meluangkan masa membawa Ahli-ahli Mesyuarat MEXCO-STI melawat galeri-galeri pameran yang terdapat di Pusat Sains Negara iaitu Wondersparks, Science Valley, Pameran COVID-19, Kids World, Dinosour Encounter, Green Guardian Centre dan Tinker Garage.

Skip to content