5 Disember 2022, Putrajaya – Usai menghadiri Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri, YB Chang Lih Kang, Menteri Sains dan Teknologi mempengerusikan pula Mesyuarat Pasca Kabinet pertama MOSTI bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan barisan pengurusan atasan MOSTI, jabatan dan agensi.
Melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, MOSTI akan memperhebatkan usaha-usaha pembangunan dan pengaplikasian teknologi tempatan dalam usaha mentransformasikan negara daripada pengguna teknologi kepada pembangun teknologi bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.