Skip to main content
Berita

Sesi Perjumpaan bersama Peserta National Technology and Innovation Sandbox (NTIS)

5 Disember 2022, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI hadir ke Sesi Perjumpaan bersama Peserta National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang telah berjaya menamatkan program NTIS.
Sesi tersebut telah dihadiri oleh 20 daripada 27 peserta yang telah menamatkan program NTIS dengan jayanya. Sesi ini bertindak sebagai platform perkongsian mengenai teknologi-teknologi yang telah berjaya diuji melalui program NTIS. Selain itu, sesi ini juga diadakan untuk mendapatkan maklum balas mahupun cadangan terhadap pelaksanaan NTIS yang boleh ditambah baik dan diurus dengan lebih cekap bagi membolehkan lebih banyak lagi teknologi tempatan untuk diuji dan dimatangkan sebelum di bawa ke pasaran untuk dikomersialkan.
Setiap peserta telah membentangkan pencapaian serta hasil pengujian yang telah dibuat termasuk penjanaan nilai pengkomersialan, bilangan pekerjaan yang telah diwujudkan, bilangan kerjasama dan lain-lain berkaitan melalui bantuan pendanaan serta intervensi dan fasilitasi oleh NTIS.
Inisiatif NTIS yang telah diperkenalkan sejak tahun 2020 ini telah berjaya menerima hampir 600 permohonan lengkap dengan 98 permohonan telah memanfaatkan dana sandbox bagi tujuan pengujian selanjutnya. NTIS memainkan peranan yang cukup penting untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi dalam pelbagai sektor melalui pemudahcaraan pengujian, pendanaan dan pengawalseliaan dengan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.
MOSTI sentiasa menyokong program dan inisiatif berkaitan sains, teknologi dan inovasi yang membawa manfaat kepada negara dan menyasarkan untuk menjadi sebuah negara berteknologi tinggi pada tahun 2030.
318244372 520037923485201 2253434697236564026 n
Skip to content