Skip to main content
BeritaCovid-19

Mesyuarat Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas

By 2021-04-12Jun 10th, 2021No Comments
Hari ini berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi membincangkan Pelan Hala Tuju Program Imunisasi COVID-19 Sarawak. Ini merupakan sesi libat urus kedua di antara CITF Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak selepas sesi libat urus secara maya yang diadakan pada 9 Mac 2021 yang lepas. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Sarawak kerana sehingga 11 April 2021, Sarawak telah mencatatkan jumlah suntikan vaksin dos pertama sebanyak 61,890 iaitu 62.75% daripada penerima yang layak menerima vaksin dalam fasa pertama. Manakala penerima yang telah lengkap 2 dos bagi fasa pertama adalah seramai 32,052 orang (setakat 11 April 2021).

 

Skip to content