Skip to main content
Berita

Mesyuarat Perancangan Strategik dan Penetapan Inisiatif Tahun 2023

10 November 2022, Melaka – MOSTI mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik MOSTI bagi tahun 2022/ 2023 bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian, jabatan dan agensi di bawah MOSTI pada 8-10 November 2022 bagi merancang dan menentukan hala tuju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi tahun 2023.

Mesyuarat ini melibatkan YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI) MOSTI, YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan, YBrs. Puan Ruziah Shafei, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI serta Ketua-ketua Unit/Bahagian dan Ketua Pengarah / CEO Jabatan/Agensi di bawah MOSTI.

Turut diadakan sesi perkongsian bertajuk ‘Leadership Alignment: Being Authentic Matters’ bersama Mr. Richard Muralee daripada People Prowess.

 

DSC 3400           DSC 3599

DSC 3698           DSC 3460

Skip to content