Skip to main content
Berita

Mesyuarat Penyelarasan Program Teras 2023 Kementerian, Sains, Teknologi dan Inovasi

7 November 2022, Putrajaya – Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains MOSTI telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Teras 2023 Kementerian, Sains, Teknologi dan Inovasi bersama- sama YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI bertempat di Dewan MOSTI, C7 dan dihadiri oleh 12 Bahagian/ Jabatan/ Agensi di bawah Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains.

Objektif mesyuarat adalah bagi melaporkan pencapaian inisiatif di bawah Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains bagi Tahun 2022 serta menetapkan program teras sejajar hala tuju sektor bagi mencapai visi dan misi MOSTI.

Antara lain, mesyuarat ini juga telah membincangkan inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi pembudayaan STI dalam kalangan komuniti di Malaysia.

Dalam ucapan YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, beliau menyatakan bahawa program teras sektor perlulah meningkatkan ‘visibility’ MOSTI dan menjenamakan MOSTI dengan tagline Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi. TKSU(P) juga menekankan bahawa setiap program teras yang dirancang adalah selari dengan konsep SMART agar mencapai objektif yang ditetapkan.

 

314617001 499737648848562 2666161149195990423 n           313440684 499737595515234 5643373352626849030 n

312658585 499737315515262 5182806267036046421 n

Skip to content