Skip to main content
Berita

Mesyuarat Perancangan Strategik MOSTI 2024

6 Januari 2024, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik MOSTI bagi tahun 2024 bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian, jabatan dan agensi di bawah MOSTI pada 6 – 8 Januari 2024 bagi merancang dan menentukan hala tuju MOSTI tahun 2024.
Mesyuarat ini melibatkan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI) MOSTI; YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan serta Ketua-ketua Unit/Bahagian dan Ketua Pengarah / CEO Jabatan/Agensi di bawah MOSTI.
YB menteri turut mengucapkan tahniah dan terima kasih atas segala kerja keras dan usaha berterusan semua warga MOSTI bagi menjayakan agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara dengan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif sepanjang tahun 2023.
MOSTI akan terus komited dalam menjayakan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030 menerusi pemerkasaan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara selari dengan pendekatan ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi’.
Skip to content