11 Oktober 2023, Tanjung Malim – Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Projek Pembangunan Automative Hi Tech Valley (AHTV) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di PROTON Tanjong Malim, Perak. Hadir sama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Selepas mesyuarat, telah diadakan pemeteraian Perjanjian Kolaborasi Utama antara DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely Holding). Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Hartanah dan Perancangan & Strategi Korporat, Encik Azri Zaharuddin telah menandatangani bagi pihak DRB-HICOM manakala Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Operasi, Dr Wei Mei menandatangani bagi pihak Geely Holding dengan disaksikan oleh YAB Perdana Menteri dan dif-dif kehormat yang lain.
Turut berlangsung pemeteraian HOA antara Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel) dan syarikat pelaburan strategik Geely Holding, Zhejiang Geespace Technology Co. Ltd. (Geespace). HOA memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan sistem teknologi tinggi dan akan mempercepatkan perlaksanaan penyelesaian inovatif bagi sektor-sektor seperti pelabuhan pintar