Skip to main content
Berita

Bengkel Penilaian Upaya (Due Diligence) Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 3.0)

11 Oktober 2023, Putrajaya – Bengkel Penilaian Upaya (Due Diligence) Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 3.0) kembali lagi dengan Siri Kedua Tahun 2023 yang diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2023. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) di Institut Agro-Bioteknologi (ABI), Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).

Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dilaksanakan oleh MOSTI bagi mengenal pasti dan seterusnya mempergiatkan aktiviti pengkomersialan hasil R&D dan inovasi tempatan yang memberikan impak yang besar kepada negara dalam merealisasikan aspirasi negara menjadi negara berteknologi tinggi. Bengkel Due Diligence merupakan pengisian utama di bawah inisiatif MCY bagi mengenal pasti ketersediaan produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan dan dipasarkan di dalam dan luar negara.
Bengkel pada kali ini melibatkan penyertaan sebanyak 124 produk/teknologi/perkhidmatan daripada 95 organisasi. Selain itu, bengkel ini juga memperlihatkan penyertaan produk-produk inovasi pelajar Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
MCY 3.0 Goes Global berperanan untuk memperluaskan jaringan pengkomersialan dan memperhebatkan lagi daya saing produk/teknologi/perkhidmatan tempatan bagi memasuki pasaran global yang kompetitif.
Skip to content