Skip to main content
Berita

Mesyuarat Strategik Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains Bilangan 3 Tahun 2024

14 Mac 2024, Putrajaya – Mesyuarat Strategik Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains Bilangan 3 Tahun 2024 telah diadakan pada 14 Mac 2024 dengan dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Bahagian Penguasa Angkasa telah bertindak sebagai urus setia untuk mesyuarat ini yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Blok C7.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains MOSTI bagi tahun 2024 yang terdiri dari Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Data Strategik dan Foresight Teknologi, Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, Bahagian Penguasa Angkasa, Bahagian Antarabangsa, Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara.
Mesyuarat Bulanan ini penting untuk memastikan gerak kerja aktiviti strategik dan pembudayaan STI MOSTI dapat dijalankan mengikut jadual dan memberikan impak yang tinggi.
Skip to content