Skip to main content
Berita

MIMOS Technology Preview (MTP) 2024

29 April 2024, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan MIMOS Technology Preview (MTP) 2024 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). MTP 2024 dianjurkan untuk mengetengahkan teknologi hasil daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) MIMOS yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Program ini juga menawarkan platform untuk MIMOS bertemu dan berinteraksi dengan pemain industri dan penyelidik lain mewujudkan potensi kerjasama penyelidikan dan perniagaan.
Di MIMOS Technology Preview 2024, MIMOS memperkenalkan beberapa inovasi yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia lebih lestari dan maju dari segi teknologi dengan menonjolkan penyelesaian baru seperti system MIMOS Autonomous Chiller Control & Energy Efficiency (Mi-ACE) System. MIMOS secara aktif menyumbang kepada visi Malaysia untuk menjadi negara yang hijau, didorong oleh teknologi dan bersaing di peringkat global.
MIMOS teruja untuk berkongsi tentang kerjasama baru dengan rakan industri, AXICOM, iSCADA NET dan SquareCloud Malaysia Sdn. Bhd. untuk Mi-ACE, dengan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AXICOM dan iSCADA NET dan pertukaran dokumen Perjanjian Lesen Teknologi (TLA) dengan SquareCloud. Pertukaran MoU disaksikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang.
YB Tuang Chang berkata “Dengan memperkenalkan teknologi canggih yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti MIMOS Technology Preview 2024 bertindak sebagai bukti kepada komitmen Kerajaan untuk memupuk inovasi dan membuka jalan ke arah masa depan yang hijau. Teknologi-teknologi ini adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kelestarian industri negara, dan memastikan daya saing Malaysia di pentas global.”
Antara teknologi dan rakan kerjasama yang diperkenalkan termasuklah:
✅ Sistem MIMOS Autonomous Chiller Control & Energy Efficiency (Mi-ACE) yang dibangunkan bersama Square Cloud, memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan IoT tanpa wayar (wireless IoT) untuk merevolusikan sistem penyejuk bangunan yang merangkumi pejabat hingga ruang awam.
✅ AXICOM bekerjasama dengan MIMOS untuk memperkenalkan perkhidmatan inovatif yang menyokong penjimatan tenaga dan pengurangan kos sambil selari dengan objektif mesra alam.
✅ Kerjasama iSCADA NET dan MIMOS, menandakan langkah penting dalam mentakrif semula teknologi, keselamatan, dan kelestarian alam sekitar.
✅ Kolaborasi bersama SquareCloud menekankan kelestarian dan sejajar dengan matlamat kerajaan untuk neutaliti karbon.
MIMOS, sebagai agensi strategik di bawah MOSTI dan pusat R&D gunaan negara, adalah teguh dalam komitmennya untuk mempelopori inovasi dan kemajuan teknologi untuk Industri Teknologi negara.
Skip to content