27 April 2024, Terengganu – YBrs. Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembudayaan Sains (TKSU(P)) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan pemantauan ke projek-projek di bawah inisiatif Malaysia Inovasi Sosial yang dilaksanakan di Negeri Terengganu.
Lawatan pemantauan tersebut merangkumi projek Ruang Daya Cipta (RDC) PPR Padang Hiliran Kuala Terengganu dan projek-projek MyIS Komuniti seperti Projek Inovasi Teknologi Tanaman Pokok Rosel, Projek Program Kelestarian Industri eBeca Terengganu dan Projek Inovasi Bot Penambang Berkuasa Solar (E-Penambang).
Turut mengiringi TKSU (P) MOSTI adalah YBrs. En. Abdullah Bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan YBrs. Dr. Sharmila Binti Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek mencapai hasil yang disasarkan.