Skip to main content
Berita

MOSTI dan MTDC Bekerjasama Lancar Program Nasional – SME’s Innovate (Doing Well By Doing Good)

By 2013-06-17Disember 14th, 2020No Comments

f1

 

KUALA LUMPUR (17 JUN 2013) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), telah melancarkan pertandingan peringkat kebangsaan – SME’s Innovate (Doing Well By Doing Good) pada jam 10.00 pagi ini. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri MOSTI.

Pertandingan yang berlangsung selama dua bulan dari 17 Jun 2013 hingga 19 Ogos 2013 ini mengetengahkan 10 inovasi terbaik yang dihasilkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan. Pertandingan terbuka kepada usahawan SME untuk mereka cipta dan menghasilkan produk-produk inovasi yang berkos rendah (low cost), mampu dimiliki (affordable), mudah diperolehi (accessible) dan mampan (sustainable) untuk golongan yang berada di Bottom of Pyramid (BOP) atau mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

Pertandingan ini adalah sebahagian daripada Program Inovasi Inklusif di bawah MOSTI yang juga merupakan kesinambungan kepada Program Malaysia Inovatif 2010 dan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi 2012. Kedua-dua program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman inovasi dan kreativiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebanyak 10 produk inovasi akan dipilih daripada mana-mana industri samada hasil cetusan idea kreatif, reka cipta, inovasi dan penghasilan produk yang boleh dimanfaatkan secara meluas oleh golongan BOP.

Kaedah pelaksanaan pertandingan adalah dengan menggunakan inovasi terbuka iaitu memberi ruang kepada semua jenis inovasi sebagai landasan pelaksanaan projek iaitu :
i)    Inovasi Teknologi
ii)    Inovasi Proses Perniagaan
iii)    Inovasi Aliran Kerja
iv)    Inovasi Sistem Penyampaian
v)    Inovasi Proses Penyelidikan
vi)    Inovasi Akar Umbi