Skip to main content
Berita

MOSTI Memperkenalkan Program Ruang Reka Komuniti Dan Platform Hub Ekonomi Inovasi Sosial Negara

By 2021-09-25September 27th, 2021No Comments
25 September 2021, Negeri Sembilan – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini meluangkan masa melawat dan melihat secara lebih dekat Program Ruang Reka Komuniti di Taman Rasa Sayang, Paroi, Negeri Sembilan yang merupakan salah satu inisiatif pembangunan usahawan inovasi (innopreneur).
Program Ruang Reka ini bertujuan menggalakkan lebih ramai kalangan B40 dan M40 terutamanya mereka yang terkesan akibat dari pandemik COVID-19 untuk menceburi bidang keusahawanan berlandaskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
YB Dato’ Sri Dr. Adham berkata, “MOSTI komited dalam menyediakan satu platform inovasi sosial akar umbi yang dapat memacu etno-teknologi masyarakat tempatan yang berpotensi dikomersialkan untuk menjana kekayaan baru dan pembangunan sosio-ekonomi yang lebih terangkum.
Program Ruang Reka ini dikendalikan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), sebuah agensi di bawah MOSTI. YIM telah menggerakkan pelbagai inisiatif ke seluruh pelusuk Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti setempat melalui aktiviti pengkomersialan.
Melalui Ruang Reka ini, pendedahan dan latihan kemahiran akan diberi kepada masyarakat setempat dalam penggunaan teknologi baharu seperti 3D Printer, Robotik, Virtual Reality (VR) dan lain-lain bagi aktiviti inovasi mereka.
Langkah berikutnya adalah dengan menggunakan Ruang Reka secara maksimum oleh komuniti dalam membudayakan kreativiti serta inovasi di peringkat akar umbi.
YIM telah membangunkan dua (2) projek rintis Ruang Reka termasuklah Ruang Reka Taman Rasa Sayang di Paroi ini dan juga Ruang Reka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di Kuala Terengganu.
Skip to content