25 Ogos 2026, Seri Kembangan – Warga MOSTI turut menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1448H/2026 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Mengangkat tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, YAB Perdana Menteri menyeru umat Islam agar sentiasa bermuhasabah, memperbaiki sahsiah serta mengamalkan akhlak mulia berlandaskan ajaran Islam. Penghayatan terhadap nilai dan teladan Rasulullah SAW menjadi asas penting dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati, bersatu padu dan diberkati.
MOSTI merakamkan ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Tokoh Perdana kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim dan lapan (
penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW.
Seiring dengan semangat tersebut, MOSTI terus komited menyemai nilai murni, memperkukuh perpaduan serta membudayakan sikap amanah, integriti dan ihsan dalam kalangan warga kerja demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.




