Skip to main content
Berita

NICE 2026 Membuka Tirai: Misi Ke Pasaran, Malaysia Ke Dunia

26 Ogos 2026, Kuala Lumpur – National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2026 berlangsung mulai hari ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan negara.

YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) (TKSU(T)), MOSTI hadir menyampaikan ucapan alu-aluan mewakili YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI.
Bertemakan “Misi Ke Pasaran. Malaysia ke Dunia”, NICE 2026 yang berlangsung selama tiga hari menjadi platform strategik untuk menyokong penterjemahan hasil penyelidikan dan inovasi tempatan kepada nilai ekonomi yang nyata.
Ekspo ini menghimpunkan inovator, pemain industri, pelabur dan pembuat dasar menerusi pelbagai pengisian termasuk persidangan, pameran inovasi interaktif, sesi padanan perniagaan serta penganugerahan Anugerah Malaysia Commercialisation Year (MCY) dan Anugerah MySTI.
Dalam ucapan pembukaan, YBrs. Puan TKSU (T) menegaskan bahawa kejayaan NICE 2026 bukan sekadar diukur melalui jumlah perjanjian yang dimeterai, sebaliknya sejauh mana kerjasama yang terjalin diterjemahkan kepada projek nyata, penerimagunaan teknologi dan peluang ekonomi yang mampan.
YBrs. Puan TKSU (T) kemudiannya meluangkan masa mengunjungi reruai pameran NICE 2026, menyaksikan sendiri kepelbagaian inovasi dan teknologi tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan dan dibawa ke pasaran.
Daripada idea kepada impak, daripada inovasi kepada pasaran NICE 2026 menjadi pemangkin untuk melonjakkan inovasi Malaysia ke pentas dunia.
Skip to content