Skip to main content
Berita

Nuklear Untuk Rakyat: Memacu Inovasi, Memperkasa Ekonomi Negara

28 Oktober 2026, Bangi – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Hari Inovasi Nuklear Malaysia (HINM) dan Technology Preview & Showcase (TPS) 2026 di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.

Bertemakan “Nuklear Untuk Rakyat (NUR)”, program ini menghubungkan hasil penyelidikan dengan keperluan industri melalui pameran teknologi dan sesi padanan perniagaan.
Bagi tempoh 2023 hingga 2026, Nuklear Malaysia berjaya mengkomersialkan 19 produk dan perkhidmatan, memeterai 44 perjanjian pengkomersialan serta merealisasikan 41 kolaborasi industri. Nilai eksport produk tempatan berkaitan teknologi nuklear turut mencecah RM6.21 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025.
MOSTI komited memperkukuh pengkomersialan inovasi teknologi nuklear demi pertumbuhan ekonomi, daya saing industri dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI; YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia serta tetamu jemputan.
Skip to content