Skip to main content
Berita

Mesyuarat MEXCO-STI Bil. 2/2026: Kerjasama Strategik Persekutuan dan Negeri Diperkukuh Bagi Memacu Ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi Hingga ke Akar Umbi

27 Oktober 2026, Kuala Lumpur – Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI) Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), dipengerusikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mesyuarat ini memperkukuh kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memacu agenda STI negara, meliputi inovasi bagi menghadapi cabaran negara menua, penjanaan ekonomi kitaran untuk komuniti nelayan, pelaksanaan Inisiatif Kebangsaan Berorientasikan Misi (MOI) bagi menangani cabaran nasional serta pembangunan bakat robotik dan STEM.
Sinergi erat antara kedua-dua peringkat kerajaan penting bagi memastikan pembangunan dan aplikasi teknologi dapat dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat, selaras dengan aspirasi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030.
Turut hadir , YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Timbalan EXCO yang bertanggungjawab mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), YB Dato’ Dr. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI.
Skip to content