Skip to main content
Berita

Pelancaran Program Perdagangan dan Perniagaan “Creating Tomorrow’s Sustainable Startups Week”

12 Oktober 2021, Expo Dubai – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Dr K. Nagulendran melancarkan program perdagangan dan perniagaan “Creating Tomorrow’s Sustainable Startups Week” Pavilion Malaysia di #Expo2020Dubai.
MOSTI menerajui program mingguan melalui Cradle Fund dengan sokongan empat lagi agensi pembiayaan lain di bawah MOSTI. Program selama satu minggu tersebut akan disertai oleh 20 syarikat Malaysia dan memberi tumpuan kepada ekosistem permulaan (start-up) serta kemampuan Malaysia sebagai hab pelaburan permulaan.
Aktiviti merangkumi pameran teknologi, menandatangani MoU, sesi poket dan sesi pemadanan perniagaan.
Pada Majlis Pelancaran tersebut turut menyaksikan pertukaran MoU antara:
↪️ TechCapital Resources Sdn Bhd (Malaysia) & Terrabit Consulting DWC LLC (India);
↪️ Euro Circuit Technology Sdn Bhd (MalaysiaI) & Al Ghad Al Zahir untuk Oilfield Services Ltd. (Iraq & Kuwait);
↪️ GK Aqua (Malaysia) & Kumpulan El Koumy (Mesir)
Skip to content