Skip to main content
Berita

Pelancaran Sistem Tenaga COLDGROW CGR

13 April 2023, Selangor – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja sebuah lagi agensi di bawah MOSTI iaitu Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) sempena pelancaran Sistem Tenaga COLDGROW™️ CGR di Hab Perkongsian MIGHT.
Teknologi COLDGROW merupakan penyelesaian tenaga alternatif yang menggunakan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai sumber tenaga bersih. Sistem ini memulihkan tenaga sejuk daripada pengegasan semula LNG, dikitar semula sama ada untuk penyejukan, penjanaan kuasa atau pertanian. Ia ditetapkan untuk menyediakan penyejukan 150RT berterusan dengan pengurangan sehingga 75% dalam pelepasan karbon. Ia juga menggalakkan pengurusan tenaga dan pengurangan ketara dalam bil tenaga serta pelepasan karbon. YB Chang Lih Kang telah diberikan penerangan mengenai sistem Coldgrow oleh Pn. Munira Shahrul Baharin, Pengasas Bersama Wasave.
YB Menteri turut melawat dan diberikan taklimat mengenai Pusat Data Hijau oleh Ms. Avis Tan Sue Lian, Ketua Pegawai Kewangan & Ketua Jawatankuasa Kelestarian Pusat Data Hijau. YB Chang kemudiannya meneruskan lawatan ke Pameran Teknologi dan Inovasi yang menampilkan syarikat-syarikat inovatif seperti Free the Seed, Ezra, Mysip, Selia-Tek Medical Sdn Bhd, Detik Aturan Sdn Bhd, Maeko,Three Opp (M) Sdn Bhd, dan Favoriot Sdn Bhd. Syarikat-syarikat ini mempamerkan teknologi termaju dan inovasi mereka yang berpotensi untuk mengubah pelbagai industri termasuk pertanian, perubatan dan pengurusan sisa.
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBhg. Professor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid, Joint Chairman (Government) MIGHT, YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASC, Joint Chairman (Industry) MIGHT dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, President & CEO MIGHT.
DSC 9574    DSC 9715DSC 9552    DSC 9668
Skip to content