Skip to main content
Berita

Jualan Produk hasil R&D Tempatan

14 April 2023, Putrajaya – MOSTI melalui Sekretariat Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) hari ini telah menganjurkan jualan Produk hasil R&D Tempatan bertempat di Atrium Peterana, Blok C5, MOSTI bermula jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang.
Antara barangan hasil produk R&D Tempatan yang mengambil bahagian termasuklah Udang Galah, Patty Vegan Burger daripada isi nangka, Teh Anggerik dan Kosmetik.
Jualan yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan hangat daripada warga MOSTI dan warga sekitar Kompleks C, Putrajaya. YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI turut sama meluangkan masa mengunjungi jualan ini.
340857032 172839445666163 8938516640727139979 n    341181588 6092209007565291 6386981529033366496 n341162630 264003992729548 7306094146789139946 n    340842946 1605596149936587 5225763832765776494 n
Skip to content