Skip to main content
Berita

Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Dewan Rakyat

18 November 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 (Peringkat Jawatankuasa) bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Turut hadir bersama YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan) MOSTI, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Timbalan Ketua Pengarah serta wakil-wakil bahagian/jabatan/agensi.
Seramai 19 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat telah berbahas pada sesi kali ini. Menerusi sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, MOSTI memberikan penjelasan berhubung isu-isu yang dibangkitkan termasuk perancangan pelaksanaan inisiatif strategik serta hala tuju kementerian dan agensi di bawahnya.
MOSTI akan terus memastikan setiap peruntukan dan inisiatif yang dirancang dapat dimanfaatkan secara optimum bagi memperkukuh daya saing negara, merancakkan inovasi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Skip to content