Skip to main content
Berita

Teknologi Angkasa dan Nuklear Memperkukuh Pengurusan Sumber Air Bawah Tanah Negara

18 November 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjawab pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh YB Tuan Kesavan a/l Subramaniam berhubung pembangunan teknologi untuk pengurusan sumber air bawah tanah di Malaysia terutamanya di kawasan terpencil atau kawasan yang mempunyai sumber air minuman yang terhad.
Melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Nuklear Malaysia, MOSTI memanfaatkan teknologi satelit, Sistem Maklumat Geografi (GIS), teknik isotop dan teknologi berkaitan bagi membantu pengesanan, pemantauan serta pengurusan sumber air bawah tanah secara lebih cekap dan mampan.
MOSTI turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi bagi memastikan kepakaran sains dan teknologi dimanfaatkan untuk kelestarian sumber air, khususnya bagi komuniti luar bandar dan kawasan yang menghadapi kekangan bekalan air bersih.
Sains dan teknologi untuk kesejahteraan rakyat dan kelestarian masa hadapan.
Skip to content