Skip to main content
Berita

Pengkalan Data Inventori Kitaran Hayat Kebangsaan (MY-LCID) dibangunkan bagi Menilai Kesan Kitaran Hayat Produk dan Perkhidmatan

By 2015-03-10April 26th, 2021No Comments

 

PUTRAJAYA, 10 Mac – Kesan hijau atau kitaran hidup akibat daripada aktiviti pengeluaran perindustrian dan proses pembuatan kini boleh diukur dengan penubuhan National Life-Cycle Inventory Database (MY-LCID) atau Pengkalan Data Inventori Kitaran Hayat Kebangsaan, iaitu satu pengkalan data Penilaian Kitaran Hayat (LCA) atau Life-Cycle Assessment.

MY-LCID adalah satu daripada usaha kerajaan Malaysia ke arah pembangunan lestari yang meliputi penggalakan teknologi mesra alam dan penggunaan langkah-langkah kawal selia kendiri.

MY-LCID yang berasaskan web ini yang dibangunkan oleh SIRIM Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), turut membantu dalam pembangunan modal insan untuk pelaksanaan LCA.

Hasil LCA digunakan untuk menambah baik reka bentuk produk seperti reka bentuk eko, menambah baik proses pengeluaran, dan pengurusan produk akhir ke arah prestasi alam sekitar yang lebih baik dalam penyediaan produk dan perkhidmatan bagi pasaran tempatan dan eksport.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin berkata kerajaan Malaysia menyokong usaha meningkatkan kesedaran terhadap LCA di negara ini, melalui penubuhan Pusat Rekabentuk Perindustrian Eko SIRIM di Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang antara lain memberi tumpuan kepada galakan penggunaan reka bentuk-eko.

“Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) SIRIM telah diberi mandat untuk membangunkan pengkalan data LCA yang akan membolehkan industri untuk menilai impak kitaran hayat proses pengeluaran dan pengilangan seterusnya mengalakkan penggunaan teknologi mesra alam dan pemakaian peraturan kendiri,” katanya.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri turut mengambil maklum berhubung kepentingan LCA di beberapa kementerian, dan akan menjadi penyelaras bagi pihak Kerajaan dalam mesyuarat yang akan datang. EPU juga merupakan pusat fokal kebangsaan bagi Program SWITCHAsia mengenai Sokongan Dasar SCP yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah,” kata Datuk Dr. Ewon.

Menteri berkenaan bercakap pada majlis pembukaan Mesyuarat ke-4 Forum Antarabangsa mengenai Penilaian Kitar Hayat (LCA) di sini. Forum yang dianjurkan bersama oleh Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Environment Programme – UNEP), MOSTI dan SIRIM Berhad yang diadakan dari 9-12 Mac 2015, mengumpulkan 20 orang pakar iaitu dari Australia, China, India, Jepun, Thailand, Itali, Perancis, Sweden, Brazil, Amerika Syarikat, Switzerland, Belanda, serta wakil dari Suruhanjaya Eropah dan UNEP. Forum ini memberi tumpuan kepada perbincangan teknikal bagi Rangkaian Global pengkalan data ‘Interoperable LCA’, dan dialog “LCA dalam Dasar” (LCA in Policy) bersama kementerian-kementerian yang berkaitan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Dato’ Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad; dan Cik Elisa Tonda, Ketua Unit Industri Bertanggungjawab dan Rantaian Nilai, Bahagian Teknologi, Industri dan Ekonomi UNEP.

Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dato’ Dr Zainal Abidin dalam ucapannya berkata bahawa penglibatan SIRIM dalam LCA telah bermula sejak 2001, apabila SIRIM telah dijemput oleh Pusat LCA dari AIST JEPUN untuk menyertai projek LCA ASEAN.

“Pada 2006-2010 SIRIM telah memulakan Projek LCA Kebangsaan dalam menyokong mandat Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data inventori kitaran hidup kebangsaan,” katanya.

“Kami berharap keputusan mesyuarat sepanjang minggu ini akan mengukuhkan keupayaan Malaysia agar setanding, atau lebih baik dengan negara-negara antarabangsa lain dengan dasar mampan yang melindungi dan mempertahankan negara dan industri, untuk bangkit menghadapi cabaran global, mengekalkan daya saing dan akhirnya meningkatkan kemampanan dan kualiti hidup kita,” katanya.

Bengkel empat hari bagi Bengkel Dasar LCA dan Bengkel Tahunan Agri-Makanan Serantau Asia LCA, membolehkan pembuat dasar, peniaga, NGO, pakar-pakar teknikal, ahli-ahli akademik dan penyumbang sumber untuk mendapatkan pengetahuan melalui perkongsian dalam menghadapi inisiatif global dan trend serta mengukuhkan dasar mampan di negara ini melalui bengkel dan pengetahuan melalui perkongsian kejayaan negara-negara peserta.

(Maklumat MY-LCID boleh diakses melalui