Skip to main content
Berita

Peluang Menyertai Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015 Masih Terbuka

By 2015-03-07Disember 14th, 2020No Comments

SEREMBAN, 07 MAC 2015 – Pertandingan Inovasi Negara 2015 masih dibuka penyertaannya sehingga 20 Mac ini dengan menawarkan empat kategori sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu kategori sekolah, kategori produk, kategori perkhidmatan dan juga kategori akar umbi.
Dalam program “Creativity & Science4U” Zon Selatan yang berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan Negeri Sembilan, Pertandingan Inovasi bagi kategori sekolah telah dijalankan dan pemenang ditentukan berdasarkan faktor-faktor tertentu iaitu i) ciptaan individu atau kumpulan ii) produk yang telah diguna pakai atau dalam status prototaip, iii) mempunyai nilai komersil serta mampu menyelesaikan masalah, iv) memberi impak positif kepada pengguna selepas digunakan, dan v) sumber dan jenis bahan bagi penghasilan produk.

Semua pemenang pertandingan Inovasi akan diraikan dalam majlis Anugerah Inovasi Negara (AIN) yang bakal berlangsung pada bulan Mei nanti bersekali dengan penganjuran National Innovation, Conference and Exhibiton 2015 (NICE2015). Pertandingan Anugerah Inovasi Negara mula diperkenalkan oleh MOSTI pada tahun 2006 dengan tujuan merangsang idea-idea bagi meningkatkan inovasi dalam penciptaan produk atau perkhidmatan yang mampu memberikan nilai tambah dan berpotensi untuk dikomersilkan.

Perasmian program“Creativity & Science4U” zon Selatan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan pengharapannya agar inisiatif MOSTI dalam menganjurkan program ‘Creativiti dan Science4u” mampu memberi aspirasi kepada para pelajar untuk mencintai dan seteruskan berusaha menerokai dunia sains teknologi dengan lebih kreatif.

Program “Creativity & Science4U” Zon Selatan yang menawarkan lebih 20 aktiviti turut menemukan pengunjung dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sukor dalam aktiviti ‘Angkawasan On The Move’. Angkasawan pertama ini dibawakan khas untuk berkongsi ilmu dan pengalaman seterusnya menjadi inspirasi pelajar menceburi bidang sains angkasa. Selain itu juga, program kali ini lebih meriah dan menarik dengan penyertaan KRU Academy yang menawarkan bengkel grafik dan juga terlibat sama dalam aktiviti di pentas dalam sesi Science & Innovation Experience Sharing. Pelbagai jenis pertandingan turut dianjurkan dalam program kali ini seperti pertandingan CSI, kuiz sains, pertandingan roketair, pertandingan rekacipta dan paper plane challenge.

Skip to content