Skip to main content
BeritaCovid-19Siaran/Kenyataan Media

Penyelesaian Digital Seluruh Negara Bernilai Lebih RM4.5 Juta Dipamerkan Secara Dalam Talian Kepada Rakyat

By 2021-02-11Februari 20th, 2022No Comments

PENYELESAIAN DIGITAL SELURUH NEGARA BERNILAI LEBIH RM4.5 JUTA DIPAMERKAN SECARA DALAM  TALIAN KEPADA RAKYAT

Idea Pemenang-Pemenang Enam Pusingan MYHackathon 2020 Memberi Impak

Kepada Pelbagai Perkhidmatan Awam Utama

 

KUALA LUMPUR, 26 JANUARI 2021 – Sebanyak 36 pasukan pemenang MYHackathon 2020 mempamerkan penyelesaian digital mereka pada acara ‘Finale & Showcase’ secara interaktif dalam talian yang meraikan intipati program tersebut – digitalisasi. Penyelesaian digital ini dikembangkan dengan tujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam utama kepada rakyat, melibatkan pelbagai tema yang merangkumi lebih daripada 100 pernyataan masalah yang dikenal pasti daripada peringkat Kerajaan Persekutuan sehingga negeri dan daerah.

Dihadiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin, acara maya dinamik ini yang dibahagikan kepada Main Hall dan Showcase Hall, membolehkan orang ramai atau penonton menyaksikan sesi ucaptama, perbincangan panel pakar dan wawancara pendek, serta akses kepada ekosistem MYHackathon 2020 termasuk para pemenang, jurulatih (coaches), rakan kongsi, penaja dan juri. Sesi wawancara dan perbincangan panel berkisar tentang penyelesaian digital pemenang, teknologi, inovasi dan transformasi digital dihimpunkan di bawah tema “Inovasi Nasional”. Sebagai bonus, para pemenang diberi peluang untuk membentangkan idea mereka kepada pelabur-pelabur yang diundang khas.

Menurut YB Khairy Jamaluddin, pihak kementerian melihat pendekatan yang paling relevan dan berkesan untuk meringankan beban rakyat adalah melalui penggunaan teknologi dan penerapan digitalisasi dalam perkhidmatan awam. “Melalui MYHackathon 2020, kita dapat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ‘techpreneurs’ negara, terutamanya dalam kalangan belia. Ini sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan buruh asing, selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021- 2030 dan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) yang bertujuan memperkasakan usaha pembangunan dan penggunaan teknologi tempatan dalam usaha mentransformasikan negara daripada pengguna teknologi kepada pembangun teknologi.”

“Usaha-usaha sebeginilah saya kira amat kritikal kini ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19. Pergerakan secara fizikal yang agak dikawal bagi mencegah penularan jangkitan wabak ini telah memaksa rata-rata kita untuk melakukan pelbagai urusan dan transaksi secara dalam talian. Kita tidak lagi dapat melihat langkah-langkah tersebut sebagai “norma baharu” sebaliknya kita perlu menerima dan menerapkannya sebagai “masa depan baharu” menjangkaui pencegahan COVID-19,” tambah beliau.

Program MYHackathon 2020 yang telah dianjurkan pada hujung tahun lalu, terbuka kepada semua inovator, jurutera perisian, pakar industri dan juga rakyat Malaysia yang prihatin. Inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ini dianjurkan sebanyak enam pusingan dengan tema tertentu dan set pernyataan masalah yang berkaitan bagi memaksimumkan nilai dan impak. Inisiatif ini merupakan program di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diterajui oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), disokong oleh Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), University Makers (UniMAKER), Telekom Malaysia dan rakan-rakan tempatan di negeri.

Untuk maklumat lanjut mengenai MYHackathon 2020, layari https://myhackathon.gov.my/.

#TAMAT#

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

Caroline Jintoni 

PR & Media, Cradle Fund Sdn Bhd

caroline@cradle.com.my | +6019 293 9096

 

Alia Wahidin

Komunikasi & Media, ConnectX PR [CXPR]

alia@wearecxpr.com.my | +6017 991 5354

 

Felicia Ds

Komunikasi & Media, ConnectX PR [CXPR]

felicia@wearecxpr.com.my | +6010 290 3092

 

MENGENAI CRADLE FUND SDN BHD (CRADLE)

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) ialah penggerak syarikat permulaan peringkat awal di Malaysia. Misi kami adalah untuk mewujudkan ekosistem yang menyokong persekitaran pembangunan perniagaan yang kuat dan inovatif untuk usahawan teknologi melalui Program Pelaburan Cradle (CIP). Ditubuhkan pada tahun 2003 dengan mandat untuk membiayai syarikat baru berteknologi tinggi, Cradle telah menyokong lebih dari 1000 syarikat Berasaskan Teknologi Malaysia di pelbagai sektor dan mempunyai kadar pengkomersialan tertinggi di antara semua agensi pembiayaan di negara ini. Cradle juga menjalankan Program Coach & Grow (CGP), sebuah program bimbingan yang dipacu pasaran yang melatih usahawan dan mentadbir program Insentif Cukai Angel yang direka untuk merangsang dan menggalakkan pelaburan Angel untuk menyokong sektor teknologi startup. Penawaran produk Cradle tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan, tetapi juga termasuk sokongan pengkomersilan, latihan dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah untuk memenuhi keperluan usahawan yang pelbagai pada masa ini. Cradle adalah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).  Untuk maklumat lanjut, layari www.cradle.com.my

 

MENGENAI PUSAT INOVASI DAN KREATIVITI GLOBAL MALAYSIA (MaGIC)  

MaGIC menemui dan memperkasakan syarikat pemula teknologi dan penginovasi sosial  melalui penerimagunaan teknologi, inovasi dan kreativiti, serta membangunkan ekosistem  keusahawanan yang mampan dan cemerlang di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun  2014, MaGIC telah menyediakan komuniti syarikat pemula, pelabur dan pemain ekosistem  dengan keupayaan untuk membangunkan program, peluang dana dan bantuan kawal selia  yang memberi kesan terhadap lebih daripada 100,000 usahawan yang berinspirasi dan  berpengalaman dengan nilai ciptaan keseluruhan sebanyak RM1.9 bilion. Sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MaGIC  memudahkan, mengemudi dan membolehkan ekosistem dengan misi untuk mengukuhkan  kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara inovasi yang baru muncul.  Untuk maklumat  lanjut mengenai MaGIC, sila layari www.mymagic.my/en/

 

MENGENAI UNIT PEMODENAN TADBIRAN & PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ialah salah satu  daripada beberapa agensi di Malaysia yang ‘memodenkan dan mereformasikan’ sektor awam  dalam bahagian reformasi pentadbiran. MAMPU ditempatkan di bawah Jabatan Perdana  Menteri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mampu.gov.my

 

MENGENAI UNIMAKER

UNIMAKER (University Makers) – adalah sebuah pertandingan inovasi yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sebagai saluran untuk menyuburkan dan memupuk Maker’s Movement dalam Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unimaker.my

Skip to content