Skip to main content
Minggu Sains Negara

Minggu Sains Negara 2020

By 2021-02-11Oktober 6th, 2023No Comments

Penganjuran Minggu Sains Negara 2020

 

MSNbanner 3Rentetan kejayaan pelaksanaan Minggu Sains Negara 2019, MOSTI meneruskan penganjuran program ini pada tahun 2020 dalam usaha menyemarakkan lagi aktiviti inovasi dan kreativiti negara. Penganjuran Minggu Sains Negara secara tahunan ini akan menggunakan pendekatan  berbeza berbanding penganjurannya pada tahun-tahun lepas bagi menggambarkan keterangkuman kemajuan sains dan teknologi yang bersifat dinamik.

Bagi meneruskan momentum kejayaan penganjuran Minggu Sains Negara, Kementerian telah merancang pelbagai aktiviti yang bermula pada minggu pertama bulan April 2020 di 14 buah lokasi di seluruh negara iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Ini adalah selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017 agar penganjuran Minggu Sains Negara dilaksanakan pada minggu pertama bulan April setiap tahun di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia  dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada 18 Mac 2020 telah menyebabkan perancangan aktiviti Minggu Sains Negara 2020 perlu diselaraskan dan disusun semula dengan mengadaptasi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Tema ‘Keajaiban Sains / Magic of Science’

Menurut Anatri Desstya (2014), sains merupakan proses yang terdiri daripada sentuhan fizikal menerusi aktiviti – aktiviti hands-on, eksperimentasi dan proses analatik bertujuan untuk mengkaji keajaiban dunia. Secara ringkasnya, ‘Keajaiban Sains’ ini merupakan aktiviti lazim manusia yang ditanda dengan proses berfikir secara sistematik.

Menerusi pencapaian Minggu Sains Negara 2019, program ini dilihat sebagai salah satu platform untuk rakyat Malaysia amnya dan para pelajar khususnya meningkatkan minat dan kesedaran menerusi aktiviti-aktiviti pembelajaran saintifik yang dipadukan dengan pelbagai variasi model pendidikan berpaksikan sains, teknologi dan inovasi (STI). Dalam konteks ini, keajaiban sains akan membuatkan pelajar lebih berminat untuk meneroka dan memahami bidang sains dengan lebih mendalam.

Sehubungan dengan itu, tema ‘Keajaiban Sains/The Magic of Science’  adalah amat bersesuaian dengan aspirasi MOSTI untuk mengupaya sumber STI sedia ada mahupun yang akan datang bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berasaskan sains yang progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh. Dengan minda dan pemikiran rakyat yang kreatif dan inovatif, keajaiban sains boleh membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran sesebuah negara.

Anugerah Saintis Muda Negara dan Anugerah Juruteknik (Sains) Negara 2020

Bersempena dengan Minggu Sains Negara 2020, MOSTI turut menganjurkan Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Hayat) dan Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Fizikal).

Anugerah Saintis Muda Negara dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada para saintis muda atas sumbangan dan pencapaian bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi (S&T). Anugerah ini diharapkan akan menjadi perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidikan S&T.

Anugerah Juruteknik (Sains) Negara pula dianjurkan sebagai tanda pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang oleh Juruteknik (Sains) serta kakitangan separa iktisas yang berkaitan dengan S&T.

Pengisian Program/Aktiviti

Antara pengisian yang diketengahkan dalam penganjuran Minggu Sains Negara tahun ini adalah pelbagai bentuk pertandingan pada peringkat negeri dan kebangsaan. Pertandingan-pertandingan ini dijalankan bermula pada April 2020 hingga Oktober 2020 dengan mengadaptasi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dan memperbanyakkan pertandingan secara dalam talian. Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu penglibatan golongan sasar dengan memberi pendedahan kepada aktiviti secara interaktif seterusnya membentuk kemahiran berfikir serta semangat kompetitif.

Senarai pertandingan program/aktiviti yang dianjurkan sepanjang Minggu Sains Negara 2020.

April 2020

Program/Pertandingan Penganjur Tarikh Mula Tarikh Tamat
Program Reka Bentuk dan Pembangunan Model Nano Satelit Peringkat Siswazah Agensi Angkasa Malaysia 1 April 2020 23 Oktober 2020
    1. PSN Online Interactive Activities:
    2. Segmen Tahu Kah Anda?
    3. DIY Science
    4. Tease Your Brain
    5. Live@PSN
    6. Let’s Xperiments
    7. 360 Science Tour
Pusat Sains Negara 4 April 2020 30 November 2020
Kit Sains PSN Pusat Sains Negara 4 April 2020 30 November 2020
Pertandingan Adiwira Nano Peringkat Kebangsaan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan 15 April 2020 31 Ogos 2020
Pertandingan Penulisan Esei Nanoteknologi (PENT) Peringkat Kebangsaan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) 15 April 2020 31 Ogos 2020

Mei 2020

Program/Pertandingan Penganjur Tarikh Mula Tarikh Tamat
PENERBITAN BUKU MODUL AKTIVITI SAINS PSN: Art Meets Science Pusat Sains Negara 4 Mei 2020 9 November 2020
YSN-ASM Science Cafe KL Topic: The Power of Music for Athletes and Home Exercises Akademi Sains Malaysia 17 Mei 2020 17 Mei 2020
E-STREAM WAVES Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
27 Mei 2020 17 Ogos 2020
YSN-ASM Science Cafe Johor Topic: What If the World Goes Online Learning? Akademi Sains Malaysia 29 Mei 2020 29 Mei 2020
Artscience™ Engagement Akademi Sains Malaysia 31 Mei 2020 31 Mei 2020

Jun 2020

Program/Pertandingan Penganjur Tarikh Mula Tarikh Tamat
Pertandingan Kebangsaan i-Poster (Informative Poster) Lembaga Perlesenan Tenaga Atom 1 Jun 2020 30 November 2020
YSN-ASM Science Cafe Penang Topic: Life with COVID-19 After MCO: Assessing
Risks and Making Decisions
Akademi Sains Malaysia 3 Jun 2020 3 Jun 2020
Webinar Artscience™ for All Akademi Sains Malaysia 9 Jun 2020 9 Jun 2020
Pertandingan Reka Cipta Komik Bertemakan “COVID-19: Kita Mesti Menang” Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan 12 Jun 2020 31 Ogos 2020
Pertandingan Reka Cipta Video Bertemakan “COVID-19: Kita Mesti Menang” Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan 12 Jun 2020 31 Ogos 2020
Pertandingan Menulis Esei Sains dan Teknologi Nuklear Peringkat Kebangsaan Agensi Nuklear Malaysia 12 Jun 2020 18 September 2020
YSN-ASM Science Cafe KLTopic: Connecting Mega Telescopes To Observe Black Holes Akademi Sains Malaysia 20 June 2020 20 June 2020
YSN-ASM Science Café Johor Topic: Hand Sanitizers: Fake Or Genuine Akademi Sains Malaysia 26 Jun 2020 26 Jun 2020
33rd Ideaxchange Topic: Structural Changes in the Global Economy:
Building an Agile and Resilient Malaysian STIE Ecosystem
Akademi Sains Malaysia 26 Jun 2020 26 Jun 2020
Fascinate™ Pusat Sains Negara 30 Jun 2020 30 Jun 2020

Julai 2020

Program/Pertandingan Penganjur Tarikh Mula Tarikh Tamat
Virtual National Science Challenge Akademi Sains Malaysia 8 Julai 2020 12 Ogos 2020
MERCK YSN-ASM Webinar Series Topic: Back To Lab: How Ready Are You? Akademi Sains Malaysia 10 Julai 2020 10 Julai 2020
Bengkel STEM@PSN Pusat Sains Negara 12 Julai 2020 30 November 2020
YSN-ASM Science Cafe Kl Topic: Is Your Medication Best? Akademi Sains Malaysia 18 Julai 2020 18 Julai 2020

Ogos 2020

Program/Pertandingan Penganjur Tarikh Mula Tarikh Tamat
Pertandingan Mewarna ‘Magic of Science’ National Institutes of Biotechnology Malaysia 17 Ogos 2020 30 September 2020
Pertandingan Melukis Malaysia 2050 National Institutes of Biotechnology Malaysia 17 Ogos 2020 30 September 2020
Pertandingan Fotografi ‘Wonders Around Us’ National Institutes of Biotechnology Malaysia 17 Ogos 2020 30 September 2020
Pertandingan Video Pendek National Institutes of Biotechnology Malaysia 17 Ogos 2020 30 September 2020
Pertandingan Menulis Esei Technology Park Malaysia 17 Ogos 2020 30 Ogos 2020
Junior Chemecar Online Competition 2020 Technology Park Malaysia 17 Ogos 2020 30 Ogos 2020
Pahang Online Robotics Competition 2020 Technology Park Malaysia 10 Ogos 2020 31 Ogos 2020
Facebook Live: Discover the Science behind the Mouthwatering Sweetness with Chef Hadi Agensi Nuklear Malaysia 19 Ogos 2020 19 Ogos 2020
Pertandingan Video Resensi Buku Sains dan Teknologi Agensi Nuklear Malaysia 22 Ogos 2020 15 Oktober 2020
Pertandingan Go Engineer Agensi Nuklear Malaysia 25 Ogos 2020 15 Oktober 2020
Innovation Competition Agensi Nuklear Malaysia 25 Ogos 2020 30 September 2020
Poster Competition: Draw to Innovate – Envisioning Innovation Agensi Nuklear Malaysia 25 Ogos 2020 30 September 2020
Facebook Live: Kapal Terbang Ajaib Agensi Nuklear Malaysia 25 Ogos 2020 25 Ogos 2020
National Space Challenge – Online Planetarium Negara 25 Ogos 2020 26 Ogos 2020
Facebook Live: Liquid Nitrogen & Dry Ice Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Helium, Hydrogen & Oxygen Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Mind Racing & Spider Robot Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Teknologi Nuklear Dalam Penyinaran Makanan Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Mechanical Related Experiments Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Kid’s Health, CPR? Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Biotech Related Experiments Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Women Engineer Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Structure of Viruses and its Impact on The Immune System Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Principles of Aerodynamics Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Facebook Live: Principles of Chemical Reaction (non – Newtonian Fluid) Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Pelancaran Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sembilan 2020 Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
STEM Workshop & Competition: e-Science Challenge Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
GurukuHebat@Nuklear Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Nuclear BFF Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020
Quiver Augmented Reality (AR) Colouring Competition Agensi Nuklear Malaysia Ogos 2020 15 Ogos 2020

September 2020

Program/Pertandingan Penganjur Tarikh Mula Tarikh Tamat
Aktiviti MSN Anjuran Bersama UMK Peringkat Negeri Kelantan Yayasan Hijau Malaysia 1 September 2020 31 Oktober 2020
Publisiti & Kerjasama NGO Planetarium Negara 1 September 2020 3 September 2020
National Space Challenge – Online Pusat Sains Negara 1 September 2020 5 Oktober 2020
National Tinkering Challenge Yayasan Inovasi Malaysia 1 September 2020 10 September 2020
34th Ideaxchange Akademi Sains Malaysia 1 September 2020 30 September 2020
National Science Challenge : Second Round (Video Competition) Akademi Sains Malaysia 1 September 2020 20 September 2020
Pertandingan Fotografi Kreatif Jabatan Kimia Malaysia 1 September 2020 14 September 2020
Pertandingan MSNLens Jabatan Kimia Malaysia 1 September 2020 24 September 2020
Pertandingan Video Pendek Akademi Sains Malaysia 7 September 2020 7 Oktober 2020
Kuiz Sains Yayasan Hijau Malaysia 7 September 2020 7 September 2020
Pertandingan Reka Cipta Video Kreatif Jabatan Kimia Malaysia 7 September 2020 7 Oktober 2020
Forum Collaboration with British High Commission on Climate Change/td> Akademi Sains Malaysia 8 September 2020 8 September 2020
Treasure Hunt Yayasan Hijau Malaysia 12 September 2020 12 September 2020
YSN-ASM Science Cafe Kl Topic: Is Nano Safe? Akademi Sains Malaysia 19 September 2020 19 September 2020
Treasure Hunt Yayasan Hijau Malaysia 19 September 2020 19 September 2020
Penganjuran Program Kerjasama dengan Zoo Taiping Lembaga Perlesenan Tenaga Atom 19 September 2020 20 September 2020
National Science Challenge : Second Round (Interview) Akademi Sains Malaysia 21 September 2020 9 Oktober 2020
Kuiz Sains Yayasan Hijau Malaysia 21 September 2020 21 September 2020
Webinar Series Collaboration With British High Commission
on IPCC Report on Climate Change
Akademi Sains Malaysia 23 September 2020 23 September 2020

Oktober 2020

Program/Pertandingan Penganjur Tarikh Mula Tarikh Tamat
35th Ideaxchange Akademi Sains Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Pertandingan Reka Cipta Model Satelit Secara Online Agensi Angkasa Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Youtube Show Tentatif Agensi Angkasa Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Pertandingan Astrofoto Tentatif Agensi Angkasa Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Science DIY Tentatif Agensi Angkasa Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Smart Tani for Kids Agensi Angkasa Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Fun Coding Agensi Angkasa Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Learn C++ With Arduino Agensi Angkasa Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Make A Youtube Channel Agensi Angkasa Malaysia 1 Oktober 2020 31 Oktober 2020
Webinar 1: Mempertingkatkan Kesedaran dan Tanggungjawab Memulihara
Alam Sekitar Melalui Kefahaman Sains Dalam
Masyarakat Malaysia ke arah Negara Maju
Jabatan Alam Sekitar 1 Oktober 2020 1 Oktober 2020
Program 3 Minute Thesis (3mt) Jabatan Alam Sekitar 1 Oktober 2020 28 Oktober 2020
Minggu Sains Negara / World Space Week Planetarium Negara 3 Oktober 2020 11 Oktober 2020
KL Sci-Fi @ Wormhole Planetarium Negara 3 Oktober 2020 4 Oktober 2020
Lawatan Maya Planetarium Negara 3 Oktober 2020 11 Oktober 2020
Home Astronomi Planetarium Negara 3 Oktober 2020 11 Oktober 2020
Meet an Astronomer Planetarium Negara 5 Oktober 2020 9 Oktober 2020
Satellite @Home Challenge Planetarium Negara 4 Oktober 2020 11 Oktober 2020
Astroquiz Planetarium Negara 4 Oktober 2020 11 Oktober 2020
Virtual Space Ultra Sparta Run Planetarium Negara 4 Oktober 2020 11 Oktober 2020
Bengkel Tutorial Planetarium Negara 4 Oktober 2020 11 Oktober 2020
Kuiz Sains Yayasan Hijau Malaysia 5 Oktober 2020 5 Oktober 2020
Webinar Series Collaboration with British
High Commission on Health & Security
Akademi Sains Malaysia 7 Oktober 2020 7 Oktober 2020
Majlis Perasmian Agensi Angkasa Malaysia 7 Oktober 2020 7 Oktober 2020
Webinar 2: Membudayakan Mesyarakat Lestari Melalui
Kefahaman Sains di Malaysia
Jabatan Alam Sekitar 8 Oktober 2020 8 Oktober 2020
ISS Tracking Live Planetarium Negara 9 Oktober 2020 11 Oktober 2020
Fascinate™ Akademi Sains Malaysia 14 Oktober 2020 14 Oktober 2020
Kuiz Sains Yayasan Hijau Malaysia 19 Oktober 2020 19 Oktober 2020
National Space Challenge – Online Planetarium Negara 20 Oktober 2020 20 Oktober 2020
National Space Challenge – Online Planetarium Negara 21 Oktober 2020 21 Oktober 2020
Kuiz Sains Yayasan Hijau Malaysia 21 Oktober 2020 21 Oktober 2020
Webinar Series Collaboration with British High Commission on City and Climate Change Akademi Sains Malaysia 21 Oktober 2020 21 Oktober 2020

November 2020

Program/Pertandingan Penganjur Tarikh Mula Tarikh Tamat
Webinar Series Collaboration with British High Commission
on Green Energy/ Ocean and Climate Change
Akademi Sains Malaysia 4 November 2020 4 November 2020
YYSN-ASM Science Cafe Penang Topic:
Pharmacokinetic/Pharmacodynamic
Akademi Sains Malaysia 5 November 2020 5 November 2020
National Science Challenge : Grand Final Akademi Sains Malaysia 9 November 2020 9 November 2020
Sambutan Hari Pusat Sains dan Muzium Sains Sedunia Bersempena Dengan Minggu Sains Negara Pusat Sains Negara 10 November 2020 11 November 2020
Skip to content