Skip to main content
Berita

Penyerahan Mobile Thematic Exhibition (MTE) Pusat Sains Negara kepada U-Science,  Universiti Malaysia Sabah (UMS)

17 Ogos 2023, Kota Kinabalu – YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah menyempurnakan Penyerahan Mobile Thematic Exhibition (MTE) Pusat Sains Negara kepada U-Science,  Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Pusat Sains Negara (PSN) mengambil inisiatif untuk meluaskan jangkauan dan program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) kepada masyarakat melalui Program PSN Satelit.
Program ini membawakan satu pengalaman sesebuah pusat sains berskala kecil yang menawarkan pameran sains bertema meliputi zon Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ini merupakan usaha untuk membawa sains kepada masyarakat.
U-Science, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi destinasi Program PSN Satelit dan telah menerima sebanyak 30-unit bahan pameran interaktif. Bahan pameran berkonsepkan Astronomi, Cabaran Minda dan Fizik ini dianggarkan bernilai RM1,500,000 bagi tempoh dua (2) tahun akan dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat Sabah.
Pameran Cabaran Minda dan Fizik yang dibangunkan oleh PSN ini merupakan bahan pameran yang menguji kefahaman dan pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah yang ringkas melalui teknik yang menarik. Manakala Pameran Astronomi pula memberi peluang kepada pelawat untuk merasai pengalaman penerokaan ruang angkasa lepas.
Pengalaman pembelajaran sains yang lebih menyeronokkan mampu mencetus rasa ingin tahu, daya kreativiti,inovasi dan seterusnya memberi inspirasi kepada pelajar untuk meminati bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM).
Skip to content