Skip to main content
Berita

Perasmian Program Women in Science Forum 2024

By 2024-04-01April 7th, 2024No Comments

05 Mac 2024, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah menghadiri dan merasmikan Program Women in Science Forum 2024 yang bertemakan ‘Lab to Market’ di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long pada 5 Mac 2024.

Program ini anjuran UTAR dan Organisation for Women in Science for the Developing World (OWSD) dengan sokongan daripada MRANTI bertujuan untuk mewujudkan satu jaringan kerjasama yang kukuh antara penyelidik-penyelidik, pihak-pihak industri dan badan-badan kerajaan selaras dengan matlamat kerajaan berteraskan konsep Quadruple Helix.
Program Women in Science Forum 2024 turut dihadiri oleh wakil OWSD daripada negara Bangladesh, China, India, Myanmar, Nigeria, Sri Lanka dan Sudan. OWSD merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang bertujuan untuk memperjuangkan penglibatan dan kemajuan wanita dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di negara-negara membangun.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan turut memaklumkan bahawa MOSTI telah melancarkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 dalam menyokong pembangunan ekosistem secara holistik dan meningkatkan kebolehpasaran startup di dalam dan juga luar negara. Selain itu, inisiatif Ekosistem Startup Tetingkap Tunggal (Single Window Startup Ecosystem) juga akan dilancarkan pada tahun ini, inisiatif ini menyediakan platform dan mekanisme yang efektif dalam melonjakkan lagi pembangunan dan daya saing ekosistem syarikat pemula.
Beliau juga menekan konsep 4C iaitu collaboration, co-creation, co-location dan co-opetition adalah penting dalam memastikan pembangunan ekosistem startup yang kondusif di Malaysia.
Skip to content