Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Agensi Nuklear Malaysia

By 2024-04-01April 7th, 2024No Comments

04 Mac 2024, Selangor – YBhg. Dato Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menggadakan Lawatan Turun Padang ke Agensi Nuklear Malaysia (ANM) bagi meninjau prestasi pelaksanaan projek Menaiktaraf Makmal Penyelidikan Dan Pembangunan Perubatan Nuklear serta projek Menaiktaraf Pusat Kecemerlangan Metrologi Sinaran Kebangsaan.

Projek Menaiktaraf Makmal Penyelidikan Dan Pembangunan Perubatan Nuklear bertujuan untuk membangunkan keupayaan R&D untuk pengeluaran kit radiofarmaseutikal dalam negara dan pemindahan teknologi kepada pasaran utuk kegunaan perubatan nuklear. Projek ini juga memastikan fasiliti kajian pra klinikal dan makmal R&D radiofarmaseutikal mengikut pematuhan Akta 304.
Manakala projek Menaiktaraf Pusat Kecemerlangan Metrologi Sinaran Kebangsaan bertujuan untuk memperkasakan aktiviti R&D ANM dalam bidang metrologi sinaran, fizik perubatan serta perlindungan sinaran dan teknologi reaktor.
Turut mengiringi KSU MOSTI adalah YBrs Dr Mohammad Rawi bin Mohamed Zin (Timbalan Ketua Pengarah ANM), YBrs Encik Ooli Gunalan A/L Manickam (Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)), Encik Zulhasmi bin Jamaludin (Setiausaha Bahagian Pembangunan) serta pegawai-pegawai dari Bahagian TSA, Bahagian Pembangunan dan Agensi Nuklear Malaysia.

 

 

Skip to content