Skip to main content
Berita

PERHIMPUNAN BULANAN MOSTI

By 2013-01-18Disember 14th, 2020No Comments

8

 

PUTRAJAYA(18 Januari 2013): Perhimpuanan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian pagi ini.


Dalam ucapan yang disampaikan, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada warga MOSTI dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul yang akan menjelang tidak lama lagi. 

Ucapan penghargaan turut dizahirkan atas pencapaian cemerlang warga MOSTI sepanjang tahun 2012. Bagi kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang ini, YBhg. Dato’ Dr. menekankan prinsip Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai amalan ke arah budaya kerja yang jitu. 

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa seterusnya Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Shahrul Nizam bin Ajis daripada Bahagian Sumber Manusia. Program diteruskan dengan sesi ceramah oleh Tuan Haji Omar bin Sulaiman dari Pusat Tenaga Insan yang membawakan tajuk “Berubah Untuk Cemerlang”.

Sesi pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris telah disampaikan oleh Cik Kavaramma a/p Subramaniyam daripada Klaster Teras Sains dan Teknologi yang memperkatakan tentang Traditions In Indian Culture. Perhimpunan turut meraikan warga MOSTI yang baru menimang cahaya mata, melangsungkan perkahwinan dan pegawai-pegawai baru serta pemakluman pegawai-pegawai yang telah bertukar tempat bertugas. Majlis disudahi dengan sambutan Hari Lahir Warga MOSTI yang menyambutnya pada bulan Januari.

Kelainan yang ditampilkan dalam Perhimpunan Bulanan kali ini adalah kaedah pendaftaran peserta perhimpunan yang julung kalinya menggunakan Sistem Pendaftaran Peserta iaitu merekod kehadiran melalui imbasan kad pengenalan. 

Turut hadir pada perhimpunan ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah binti Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan), Puan Azizah binti Yusof, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Pegawai-Pegawai Kementerian.