Skip to main content
Berita

RETREAT MOSTI 2013 BERSAMA YB MENTERI

By 2013-01-13Disember 14th, 2020No Comments

9

 

Lumut (13 Januari 2013) – Retreat MOSTI 2013 Bersama YB Menteri telah diadakan pada 11-13 Januari 2013 bagi menilai pencapaian Ministry Key Performance Indicator (MKPI) 2012 dan menetapkan MKPI 2013. 

Antara pengisian retreat ini adalah pembentangan “MOSTI Performance 2012 and Way Forward for 2013” oleh Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan) dan disusuli dengan “National Policy on Science, Technology and Innovation” (NPSTI) oleh YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar).

Agenda diteruskan dengan sesi perbincangan mengikut kumpulan yang dibahagikan kepada lima teras iaitu Teras I – Generating, Deploying and Diffusing STI Knowledge, Teras II – Developing, Harnessing and Intensifying Talent, Teras III – Energising Industries, Teras IV – Transforming STI Governance Framework dan Teras V – Enculturation of STI.

Di akhir retreat ini diadakan pembentangan hasil perbincangan yang telah diadakan berdasarkan teras dan diteruskan lagi dengan pembentangan Rangka Kerja Akta STI oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains). Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili yang antara lain menyatakan bahawa segala input yang diperolehi sepanjang retreat ini akan meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan Kementerian.

Program ini diturut dihadiri oleh Y.B. Datuk Fadillah bin Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha, Puan Azizah binti Yusof, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Ketua Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai kanan Bahagian/Jabatan/Agensi MOSTI.

Skip to content