17 April 2023, Kuala Lumpur – Sesi Penyerahan Produk Inovasi Tangki Memproses Minyak Kelapa Dara dibawah Program Mengarusperdanakan Akar Umbi (MaGRIs)/MyIS Akar Umbi Tahun 2021 bermula jam berlangsung hari ini di YG Beauty and Fashion House, Kuala Lumpur.
Produk inovasi ini telah diserahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Pn. Ruziah Haji Shafei.
Produk Inovasi Tangki Memproses Minyak Kelapa Dara diserahkan kepada YG Beauty and Fashion House di mana produk tersebut digunakan untuk menghasilkan minyak kelapa dara dalam perkhidmatan rawatan muka dan rambut.
Hadir sama inovator produk inovasi Tangki Memproses Minyak Kelapa Dara ialah En. Amir Tukiman dan wakil komuniti, Pn. Yogamalar A/P Rama.