Skip to main content
Berita

Perhimpunan Bulanan MOSTI Februari 2023

Perhimpunan Bulanan MOSTI Bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin dalam ucapannya menekankan mengenai konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan dan mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
YBhg. Datuk Ts. Dr. KSU turut menggariskan beberapa perkara iaitu:
✍️ Prinsip Daya Cipta dalam Malaysia MADANI ditekankan selari dengan agenda sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE)
✍️ Pembangunan STI perlu mengambil kita pelbagai aspek selari dengan prinsip environmental, social, and governance (ESG)
✍️ Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030 seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0
✍️ Sebagai penjawat awam kita perlu menjadi “The G.R.E.A.T Civil Service” yang merujuk kepada Good Governance, Responsible, Empathy, Accountability and Tenacity of Purpose.
✍️ Kepentingan analitik data raya telah memberikan gambaran awal mengenai data penyelidikan dan pembangunan
✍️ Pusat Maklumat Sains Dan Teknologi Malaysia (MASTIC) sebagai pelopor kepada data analitik negara
✍️ Seluruh warga MOSTI perlu mengambil pendekatan berteraskan 4K iaitu KOMUNITI, KERJASAMA, KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN
Turut disampaikan anugerah khas bagi menghargai sokongan dan kerjasama unit/bahagian di MOSTI dalam menyumbang bahan digital ke dalam Sistem Repositori Maklumat MOSTI. Penerima-penerima adalah dari Bahagian Pentadbiran (Tempat ketiga), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Tempat Kedua) dan Unit Komunikasi Korporat (Tempat Pertama)
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah:
✅ Makluman Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
✅ Makluman Kenaikan Pangkat
✅ Makluman Pegawai Keluar Masuk
✅ Makluman Warga Bersara
✅ Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi (Januari dan Februari)
LR IMG 8453
Skip to content