Skip to main content
Berita

Sesi Mesyuarat Dua Hala Antara YB. Timbalan Menteri MOSTI Bersama Enterprise Singapore CEO

21 Februari 2023, Kuala Lumpur – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada En. Png Cheong Boon, Chief Executive Officer of Enterprise Singapore di Akademi Sains Malaysia (ASM).

 

Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh YBrs. Pn. Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), pegawai-pegawai kanan MOSTI, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia dan pegawai-pegawai dari Cradle Fund Sdn. Bhd.
Perbincangan tertumpu kepada mengukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) termasuk ekonomi hijau, teknologi hidrogen dan kenderaan elektrik (EV). Malaysia dan Singapura juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam ekosistem syarikat pemula (start-ups) serantau melalui platform bilateral iaitu Kumpulan Kerja Inovasi – Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) dan platform multilateral iaitu ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI).
DSC 5138   DSC 5055
DSC 5102   IMG 4797
Skip to content