Skip to main content
Berita

Perhimpunan Bulanan MOSTI Julai 2022

28 Julai 2022, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Julai 2022 yang bertemakan Hijrah Sains, Teknologi dan Inovasi telah berlangsung di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya. Perhimpunan warga MOSTI, jabatan dan agensi bersama YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini turut dihadiri YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan serta CEO agensi-agensi di bawah MOSTI.

Antara intipati ucapan YB Dato’ Sri Dr. Adham adalah mengenai pencapaian 100% MOSTI bagi kesemua Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang merupakan kayu ukur bagi prestasi kementerian-kementerian serta barisan menteri kabinet.

MOSTI juga sedang berada di landasan yang tepat dalam usaha memperkasa tiga (3) bidang fokus utama MOSTI bagi tahun 2022 iaitu kenderaan elektrik, sekuriti kesihatan negara dan inovasi sosial.

YB Dato’ Sri Dr. Adham juga menekankan mengenai pentingnya pelaksanaan setiap program yang dianjurkan bagi memastikan setiap satu daripadanya tidak berhenti setakat pelancaran semata-mata. Segala program dan inisiatif yang dilaksanakan, manfaatnya harus sampai ke akar umbi.

Pada perhimpunan bulanan kali ini juga, turut diadakan perkongsian Hijrah Inovasi oleh pengasas MC PLUS iaitu Saudara Sir Shakib dengan tajuk NAVIGASI ALAM MAYA: Selamatkah Anak-Anak Kita? Yang menariknya ianya BUKAN sekadar perkongsian semata-mata, hadirin turut disajikan dan merasai kehebatan penggunaan teknologi terkini melalui sketsa pendek oleh ‘team Sirpuloh MC Plus. Diharapkan perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada #KeluargaMOSTI

Sekali lagi terima kasih kepada seluruh Keluarga MOSTI di atas kerja keras, komitmen dan usaha yang berterusan dalam menjayakan semua inisiatif MOSTI dalam ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi’ sepanjang setengah tahun pertama tahun 2022.

Skip to content