Skip to main content
Berita

Program Berjalan Teguh Bersama Sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2022

30 Julai 2022, Putrajaya – Tahniah kepada Kontinjen MOSTI kerana memenangi anugerah Kontinjen Terbaik Program Berjalan Teguh Bersama sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 pada hari ini.

Kontinjen MOSTI di ketuai oleh YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi). Kontinjen MOSTI turut disertai seramai 200 anggota yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan MOSTI, Jabatan dan Agensi.

Program “Berjalan Teguh Bersama” merupakan aktiviti berjalan beramai-ramai secara santai dan harmoni sambil menikmati keindahan Putrajaya, bermula di Dataran Putra (Masjid Putra) dan berakhir di Dataran Putrajaya (Istana Kehakiman). MOSTI turut mengambil bahagian dalam Program Kembara Merdeka Keluarga Malaysia.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Skip to content