Skip to main content
Berita

Perjumpaan YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba bersama Warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

26 April 2022, Putrajaya – Perjumpaan YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba bersama warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada 26 April 2022 (Selasa) bertempat di perkarangan bangunan Blok C4, MOSTI.

Majlis yang bermula pada pukul 6.00 petang itu menghimpunkan seramai 250 Keluarga MOSTI dimulakan dengan Tazkirah ringkas daripada Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab, disusuli dengan ucapan YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba yang menegaskan bahawa dalam kesibukan bekerja, kita perlu sentiasa mengambil peduli, memandang kiri dan kanan kepada ahli keluarga MOSTI yang memerlukan mendekati mana yang jauh, membantu mana yang perlu, berkongsi mana yang ada dan menghulur sokongan atau sekurang-kurangnya menawarkan bantuan untuk mengurangkan beban sesama kita.

YB Dato’ Sri Dr. Adham turut menyampaikan bantuan zakat dan sumbangan Ramadan kepada Keluarga MOSTI yang memerlukan. Seramai 77 orang kakitangan Gred 16 dan ke bawah dan pengawal keselamatan yang akan bertugas pada hari raya telah menerima sumbangan.

Terlebih dahulu turut diadakan Program Madrasah Ramadan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumebr Manusia MOSTI dengan kerjasama Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, MOSTI dan PUSPANITA MOSTI dengan pengisian-pengisian seperti World #QuranHour – Surah As-Sajdah, Borak Kita-kita bersama YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat MOSTI bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.

Turut hadir pada majlis perjumpaan ini ialah YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan serta Agensi.

Skip to content